"Jadilah kamu orang yang mengajar, atau belajar, atau pendengar, atau pecinta (ilmu) dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima (tidak mengajar, belajar dan tidak cinta ilmu), maka kamu akan hancur."
(Hadits Riwayat Baihaqi)
Home » , » Hidayah

Hidayah


Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t seperti mana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56. Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.

Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala. Hidayah itu merupakan petunjuk daripada Allah kepada hambanya. Namun untuk mendapatkannya seorang hamba itu haruslah berusaha untuk mendapatkannya serta yakin akan pertolongan dari Allah. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah meningkatkan amalan serta tidak lupa sentiasa memohon doa agar dikurniakan petunjuk dalam kehidupan di dunia yang sementara ini.


Tanda Orang Beriman
- Jiwa cenderung kepada Akhirat.
- Benci kepada Maksiat.
- Sentiasa bersedia menghadapi kematian.

Tanda Orang Kufur
- Jiwa cenderung kepada duniawi.
- Suka kepada maksiat.
- Takut dengan Kematian.


Orang yang mendapat Hidayah Allah
Contoh :
Saidina Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.


Orang tidak mendapat Hidayah
Contoh :
Abu Talib - Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam.Sehinggakan saat kematian beliau,Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap,beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya.Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda "demi Allah ,aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang".Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w Firman Allah yang bermaksud: 
"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahwa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka."
(at taubah ayat  : 113)


Kesan Individu Yang Mendapat Hidayah Allah s.w.t
- Peningkatan dalam mengerjakan Ibadat.
- Meninggalkan segala larangan Allah.
- Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah.
- Takut kepada Maksiat.
- Benci kepada perkara mungkar.

*Iman ada pasang dan surut seperti air di lautan. Oleh sebab itu,sentiasa perbanyakkan ibadat dan sentiasa bertasbih kepada Allah supaya iman tidak turun. Sesungguhnya Hidayah semua datang daripada Allah s.w.t dan kita perlu mencarinya dengan cara solat, zikir dan baca al Quran.
Semoga kisah Saidina Umar menjadi iktibar dan semangat untuk kita berjihad & berjuang di jalan Allah. Daripada seorang yang kufur dan kafir sehinggalah menjadi seorang khalifah Islam yang di segani oleh kawan dan lawan..





"Orang Baik Belum Tentu Kekal Akan Kebaikannya dan Orang Jahat Belum Tentu Kekal Akan Kejahatannya"

Thanks for reading & sharing Subhanallah

Previous
« Prev Post

Total Pengunjung Laman

Origins Truth. Diberdayakan oleh Blogger.